Iklan Header

Astagfirullah Ibu pemalas suruh anak buang air dalam mangkuk milik restoran, dikecam


Seorang ibu di China membiarkan anaknya membuang air di dalam sebuah mangkuk makanan apabila anaknya itu meminta si ibu menemani ke tandas.



SEORANG ibu di China membiarkan anaknya membuang air di dalam sebuah mangkuk makanan apabila anaknya itu meminta si ibu menemani ke tandas.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah restoran di daerah Fangzhuang.

Memetik laporan portal Shanghaiist, pengunjung lain yang menyedari tindakan menjijikan itu kemudian menegur wanita tersebut, namun si ibu itu dilapor tidak mempedulikan teguran itu.

Apa yang mengejutkan ialah, wanita itu dengan muka selamba mengatakan bahawa pihak restoran akan membersihkan mangkuk tersebut.

Selepas insiden itu viral di laman sosial China Weibo, seorang wartawan tempatan melawat restoran tersebut untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak pekerja.

Seorang pekerja restoran tersebut mengesahkan kejadian dan berkata ini merupakan kali pertama ia berlaku dalam tempoh 10 tahun beliau bekerja.

Pekerja itu menyifatkan tindakan wanita itu sebagai ‘bodoh dan tidak masuk akal’ kerana setiap tingkat restoran berkenaan dilengkapi tandas.

Tambahnya, pelanggan disarankan agar tidak bimbang kerana kesemua mangkuk dan alatan terlibat sudah dibuang.

Sumber : http://www.astroawani.com/berita-dunia/ibu-pemalas-suruh-anak-buang-air-dalam-mangkuk-milik-restoran-dikecam-157721

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel