Astagfirullah Putuskan hubungan, wanita kerat kemaluan bekas kekasih
GARA-GARA marahkan kekasihnya yang memutuskan hubungan mereka, seorang wanita bertindak memotong kemaluan bekas teman lelakinya dalam kejadian di Puerto Plata, Republik Dominican.
Wanita berkenaan dikatakan memberikan dadah kepada mangsa sehingga tidak sedarkan diri sebelum bertindak memotong kemaluannya, lapor Mirror.co.uk.
Pasangan berkenaan, Samuel Ventura Garcia, 44, dan teman wanitanya, Johanny Diaz, 28, sebelum itu dilapokan bertengkar di kediaman mereka dan memutuskan hubungan.
Suspek melarikan diri selepas kejadian namun berjaya ditahan pihak berkuasa tidak lama kemudian.
Doktor menjangkakan keadaan kesihatannya akan kembali pulih seperti biasa dalam tempoh sekurang-kurangnya dua bulan.
Menurut laporan, Diaz tidak menyesal dengan tindakannya itu kerana mendakwa dia menjadi mangsa cinta paksaan Garcia.